EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bersangka Baik Dengan Ujian Allah

8 month ago, 15-Jan-2020

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

“Kalaulah saya tak buat macamtu sebelum ni, tentu tak jadi macamni”

Sedar atau tidak, ayat itu kadangkala terkeluar dari mulut kita saat kita tidak menyesali akan sesuatu yang lazimnya membawa hasil yang kurang menyenangkan.

Boleh ke kita untuk menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku dalam hidup kita selama ini?

Sebagai hamba-NYA, bersangka baik kepada ALLAH SWT merupakan satu perintah yang wajib dipatuhi. Dan percaya kepada takdir merupakan salah satu daripada Rukun Iman yang wajib dipercayai oleh setiap manusia.

Nabi Muhammad SAW sendiri melarang umatnya merungut dan menyalahkan takdir yang ditetapkan ALLAH SWT.

Baginda SAW bersabda: “Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan ‘kalaulah aku melakukan itu dan ini’. Akan tetapi, katakanlah ‘takdir (ketentuan) ALLAH dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi’.” 
(Riwayat Sahih Muslim)

Sebaiknya, bersangka baik kepada ALLAH SWT dan sabar dengan ujian dan musibah yang dihadapi. Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.

Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, “insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan.”

Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan. Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.

Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri. Itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

Wallahu’alam. Dah baca? Klik share ????

(: Al-Kafi #1249: Hukum Menyalahkan Takdir dalam Hidup Kita Sebelum Ini, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...