EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Live Bersama Budak Bawah Umur, Usahawan Kosmetik Ditahan Polis

0 month ago, 11-Jun-2021

Baru-baru ini tular di media sosial apabila pemilik akuan Instagram yang pengasas produk kosmetik telah melakukan siaran langsung atau live di media sosial itu bersama dengan kanak-kanak dipercayai bawah umur dan perkara itu mendorong seorang pensyarah melaporkan kepada pihak polis.

BACA: Safiey Illias Live IG Dengan Budak Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis

Advertisement

Ia susulan daripada tindakan pemilik akuan berkenaan bersama rakannya dipercayai menari secara mengghairahkan di hadapan kanak-kanak bawah umur itu serta turut mengajar mereka cara-cara menghisap dadah.

Terbaru, pemilik akuan Instagram (IG) Safieyillias94 telah ditahan pihak polis semalam bagi membantu siasatan berhubung dengan komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

IG Live Safiey Budak Bawah Umur

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, apabila pihaknya telah menahannya susulan daripada satu laporan yang diterima.

“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan.”

Advertisement

Sebelum ini, pihak polis dilaporkan sedang mengesan pemilik akuan masing-masing bernama safieyillias94 dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung tentang komunikasi lucah bersama kanak-kanak di bawah umur di laman sosial Instagram.

Hal itu disebabkan seorang pensyarah Universiti telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi kelmarin bagi melaporkan perkara itu.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik safieyillias94 yang juga hos bersama pemilik IG pipinatasha yang membabitkan dua kanak-kanak bawah umur.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kredit foto utama: Utusan Malaysia

Live Bersama Budak Bawah Umur, Usahawan Kosmetik Ditahan Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...