EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dia rasa bersalah la tu Adira tekad cerai, Datuk Red syak ada pihak cuba jadi batu api

0 month ago, 09-Oct-2019

Sebentar tadi, penyanyi Adira Suhaimi bersama suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, telah hadir ke mahkamah bagi perbicaraan berkenaan tuntutan cerai.

Difahamkan, Adira telah lama memfailkan penceraian iaitu pada 1 April lalu, namun baru hari ini proses di sambung semula berikutan tertangguh kerana melahirkan anak ketiga.

Ketika ditemu bual pemberita, Adira menyatakan bahawa dia telah tekad untuk meneruskan penceraian ini. Malah, keputusan untuk menamatkan perkahwinan tersebut adalah pilihannya sendiri.

Berkahwin dengan pun pilihan saya, nak bercerai itu pun pilihan saya jugak

Tambah, bekas peserta Akademi Fantasia mengulas kenyataan Datuk Red cuba untuk menambat semula hatinya, dia merasakan mungkin kenyataan yang dikeluarkan suaminya adalah atas dasar rasa serba salah.

Sementara itu, Datuk Red menegaskan bahawa dia masih lagi mahu mempertahanan rumah tangganya bersama Adira demi anak-anak dan akan berusaha untuk menambat semula hati isterinya itu.

Malah, Datuk Red juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba mahu campur tangan dalam urusan rumah tangganya bersama Adira.

Setakat ini dimaklumkan bahawa kes pasangan ini akan bersambung pada, 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian itu.

Lintas langsung mengenai kemelut rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. #metrotv

Posted by Harian Metro on Wednesday, October 9, 2019

: Harian Metro

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...