EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dah Berpisah Baru Sibuk-Sibuk Tuntut Anak! Peguam Rabiatul Adawiyah Luah Hibanya Emosi Si Kecil

0 month ago, 20-Nov-2020

Keputusan untuk berpisah boleh berlaku kerana pelbagai sebab, boleh jadi kerana isu kemampuan, campur tangan pihak ketiga atau tiada persefahaman antara suami isteri. Tapi kadang-kadang ia juga adalah jalan terbaik untuk seluruh keluarga khasnya yang melibatkan perkara lebih sulit untuk diceritakan.

Walau bagaimanapun, perpisahan ibu bapa adalah gangguan paling besar untuk emosi anak-anak. Nona tertarik berkongsi luahan Peguam Syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli yang banyak menyimpan kisah duka di kandang Mahkamah Syariah.

Gambar hiasan

====================

Masa ada ikatan sah suami isteri, anak dibiar langsung, ghaib tak nampak batang hidung. Tapi bila berpisah mula muncul nak tuntut anak, acah-acah nak jumpa anak, konon-konon nak jalankan tanggungjawab dan tuntut hak sebagai bapa. Segala atuk nenek semua bagi kerjasama masa tu.

Dan masa tu akan nampaklah seolah-olah si ibu ni tadi ibarat ibu yang zalim pada pandangan mata orang sebab pertahankan anak taknak bagi jumpa si ayah ni.

Benar, si ayah ada hak,

Benar si nenek ada hak,

Benar si datuk juga ada haknya,

Tidak dinafikan itu semua.

Tetapi

Bagaimana dengan Hak Bahagia si anak?

Bagaimana dengan Hak Emosi si anak?

Bagaimana dengan Hak bersuara si anak?

Apakah anak-anak tidak berhak untuk menuntut hak?

Tahu sebab apa?

Derita si anak kecil ni tak bersuara,

Derita sengsara anak kecil ni tak tahu apa,

Yang dia tahu hidup dia cuma ada si ibu sahaja keluarga serta rakan-rakan sekelilingnya sahaja.

Cukuplah emosi anak-anak ini telah diganggu dek soalan-soalan DI MANA AYAH?

Cukuplah emosi anak-anak ini telah diganggu dengan sejuta persoalan DI MANA AYAH?

Cukuplah!!!!

Peguam Syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli

Sudahlah terganggu di sekolah, di rumah, ini pula perlu hadir ke Mahkamah kerana masalah ibu dan ayahnya.Ditambah pula terpaksa berpisah dengan si ibu walau untuk sementara tapi kesannya kepada mental dan emosi anak-anak ini akan tetap kekal dalam ingatan sampai bila-bila.

Jika perkara ini terjadi. Tanggunglah Azabnya di sana nanti.

Jadi sebab itulah ramai isteri yang sanggup bertahan walau hidup penuh derita dalam rumah tangga,

Sanggup bertahan walau hanya isteri di atas kertas yang tertera,

Sanggup sengsara menahan hiba kerana si anak yang tidak tahu apa-apa.

Jika perkara ini berlaku dalam rumah tanggamu duhai suami, jika kamu tidak bertaubat. Sesungguhnya azab yang amat pedih untukmu dunia Akhirat.

Maka wahai suami, wahai ayah, wahai anak adam,jadilah sebenar-benar insan yang bertanggungjawab.

Jika tidak mampu lagi untuk melayari bahtera dengan sebaiknya, serahkan kembali kepada ibu bapanya sebelum bahtera itu karam buat selamanya atau doakan sahaja agar diri tu ditarik nyawa buat selamanya agar tidak memudaratkan sesiapa.

: Rabiatul Adawiyah Ramli (klik sini)



SUMBER : nona.my



Live Website Traffic


loading...