EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

GOT7 Berpecah, Kini Bawa Haluan Masing-masing

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0
Belum dua minggu memasuki tahun 2021, peminat K-Pop menerima satu berita kurang baik.

Kumpulan kesayangan ramai, GOT7 diumumkan keluar secara rasmi daripada agensi JYP Entertainment selepas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka tahun ini. Keputusan itu dibuat setelah kesemua ahli mencapai kata sepakat dalam perbincangan yang dilakukan secara menyeluruh.

JYPtelahmengadakan perbincangan mendalam bersama anggota GOT7 sebelum kontrak eksklusif mereka tamat pada 19 Januariini. Kedua-duapihakbersetuju untuk tidak meneruskan pembaharuan kontrakkerana mereka mahu mencari perjalanan kerjaya yang baharu, kata agensi tersebut.

Menurut sumber terdekat, kesemua ahli GOT7 sangat rapat antara satu sama lain dan mahu meneruskan kerjaya mereka dalam kumpulan tersebut. Namunmerekatidak mencapai kata sepakat mengenai agensi pengurusan mana yang sesuai untuk menguruskan kerjaya mereka.Disebabkan hal tersebut, mereka bersetuju untuk berpecah.

Salah seorang ahli GOT7, Mark sempat berkongsi kesedihannya di Twitter.Sepanjang tujuh tahun ini menjadi tempoh paling indah dalam hidup saya. Ia belum berakhir, sebaliknya baru permulaan.Kami akan terus membawakan versi terbaik diri kami semua kepada anda sampai bila-bila, katanya.

Menurut sumber, salah seorang ahli iaitu Jinyoung dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan BH Entertainment, manakala Yugyeom dikhabarkan bakal berada di bawah naungan AOMG dan Youngjae bersama Sublime Artist.

Jackson pula akan meneruskan kerjayanya di bawah pengurusan Team Wang, Mark pula akan mengambil haluan berbeza dengan kembali ke Amerika Syarikat untuk meneruskan kerjaya dengan membuka saluran YouTube sendiri.

GOT7 ditubuhkan pada Januari 2014 dandianggotai oleh Mark, JB, Jackson, Jinyoung, Youngjae, BamBam dan Yugyeom. Antara lagu popular mereka termasuk Lullaby, Just Right, Last Piece dan Hard Carry.

Foto: JYP Entertainment

Baca: Pepsi Gegarkan Industri Kola Dengan PEPSI X BLACKPINK



SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...