EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Nafi Berniat Untuk Menunjuk Kekayaan, Bekas PA Vida Tayang Jam Mewah Di IG

0 month ago, 29-Aug-2021

Jika sebelum ini bekas pembantu usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli dikaitkan dengan isu cinta antara mereka berdua, kali ini dia sekali lagi menjadi tumpuan apabial dikatakan telah membeli jam mewah bernilai lebih setengah juta ringgit.

Malah, Iqbal juga memuat naik video memaparkan dia sedang membeli dua jam jenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota, baru-baru ini.

Advertisement

Sehubungan itu, Iqbal mula menjadi mangsa kritikan dan kecaman netizen di mana dia dituduh sengaja berlagak mewah dan menunjuk-nunjuk.

Namun, Iqbal menafikan video tersebut dimuat naik kerana riak dan sebolehnya dia ingin menyembunyikan kemewahan yang dimiliki.

Advertisement

Saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naik kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial. Cuma kali ini saya rasa tujuan vidoe itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul-betul berusaha walaupun era pandemi, kejayaan tu pasti berhasil.

Katanya lagi, dia memilih untuk membeli barangan mewah secara tunai sebagai satu cara untuk mendidik netizen untuk tidak berhutang.

Terdahulu, Iqbal menjadi perhatian netizen apabila dia dikatakan sedang hangat bercinta dengan DS Vida namun tampil memberi kenyataan bahawa kisah cinta mereka agak merumitkan.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Nafi Berniat Untuk Menunjuk Kekayaan, Bekas PA Vida Tayang Jam Mewah Di IG first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...