www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ini yang akan berlaku pada badan jika anda berterusan memakan 3 biji kurma setiap hari selama seminggu

0 month ago, 14-May-2019


Seperti yang kita tahu, memakan buah kurma memberi manfaat kepada tahap kesihatan manusia secara amnya.

Isinya yang manis dan sedap itu sentiasa memberi kelegaan khususnya apabila kita mula memakannya ketika berbuka puasa.

Walaupun bersaiz kecil, namun ia sangat bernutrisi tinggi dan kali ini, kami akan memberi tahu anda apa yang terjadi jika anda berterusan memakan biji kurma selama seminggu.

#1. Kesihatan tulang akan ditambah baik

depositphotos.com

Menurut Julie Garden-Robinson, seorang profesor yang memiliki Ph.D., L.R.D., daripadaNorth Dakota State University berkata kurma mengandungi boron menyihatkan tulang.

Kajian lain juga mendapati bahawa kurma mengandungi mineral penting seperti fosforus, potasium, kalsium dan magnesium yang dapat menguatkan tulang dan melawan penyakit osteoporosis.

#2. Sistem penghadaman bertambah baik

depositphotos.com depositphotos.com depositphotos.com

Kandungan serat yang tinggi pada kurma menghalang terjadinya sembelit selain menggalakkan pergerakan usus yang normal.

Menurut kajian British Journal ofNutrition, mereka yang memakan kurma dengan kerap mempunyai sistem penghadaman yang lebih baik daripada mereka yang tidak memakannya.

#3. Bantu melawan stres dan despresi

pixabay pixabay

Kurma mengandungi vitaminB6 yang membantu menghasilkan serotonin dan norepinephrine, di mana kedua-duanya berfungsi untuk menambah baik kesihatan otak.

Tambahan lagi, kajian mendapati bahawa kandungan vitamin B6 yang rendah dikaitkan dengan depresi. Jadi, lebih banyak vitamin B6 di dalam badan, maka tubuh juga akan lebih baik daripada segi fizikal dan mental.

#4. Meningkatkan tenaga

pixabay pixabay

Kurma kaya dengan serat, potasium, magnesium, vitamin, dan antioksidan yang menjadikannya sebagai snek yang cukup sempurna.

Kandungan fruktosa dan glukos padanya memberikan sumber tenaga yang berpanjangan dan menurut kajian, ia juga mengembalikan tenaga dengan cepat apabila anda bersukan atau melakukan sesuatu yang memenatkan.

#5. Menghalang penyakit jantung

depositphotos.com

Satu kajian menyimpulkan bahawa kurma mengurangkan tahap trigliserida dan mengurangkan penyakit oksidatif stres, di mana kedua-duanya merupakan faktor risiko terhadap penyakit jantung dan atherogenesis.

Kandungan sumber potasium yang tinggi juga menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok dan penyakit berkaitan jantung yang lain.

#6. Mengurangkan risiko kanser kolon

depositphotos.com

Kurma melindungi sistem penghadam dan usus daripada bakteria berbahaya selain mengurangkan risiko tersebarnya ia pada kolon.

Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Makanan dan Sains Nutrisi mendapati bahawa mereka yang memakan kurma dengan kerap mempunyai tahap bakteria baik yang tinggi pada usus mereka dan ia dapat melindungi daripada pertumbuhan sel kanser pada kolon.

#7. Melegakan simptom alahan bermusim

pixabay pixabay

Rhinitis alahan bermusim ataupun Seasonal Allergic Rhinitis (SAR) menjejaskan lebih 30 juta orang hanya di Amerika Syarikat sahaja, namun syukurlah kerana kurma memberikan kesan positif terhadapnya.

Satu lagi kajian mendapati bahawa sawit kurma berkesan dalam mengurangkan beberapa tanda keradangan pada pesakit yang yang mengalami SAR.

#8. Bantu mengurangkan berat badan

BrightSide.me

Kurma juga membantu menurunkan berat badan. Kandungan serat membuatkan anda berasa kenyang dalam jangka masa yang panjang selain menghalang lonjakan pada glukos darah.

Kurma juga mengandungi antioksidan seperti anthocyanins, phenolics, dan karotenoid yang berfungsi untuk membuang toksin, meningkatkan metabolisme dan menggalakkan penghadaman sekaligus membantu menurunkan berat badan.

Diilustrasikan oleh Ekaterina Gapanovich untuk BrightSide.me

:BrightSide

Ini yang akan berlaku pada badan jika anda berterusan memakan 3 biji kurma setiap hari selama seminggu Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts