EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berkontak rapat dengan ADUN Nenggiri, Ku Li positif COVID-19

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dilaporkan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

“Beliau kontak rapat ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yussof yang disahkan positif baru-baru ini,” demikian memetik dari satu sumber.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

“Beliau kini di PPUM dan berada dalam keadaan stabil,” menurut sumber itu lagi.

Untuk rekod, sebelum ini, pegawai Ku Li, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum itu, Adun Nenggiri dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani turut disahkan positif COVID-19 pada 9 Januari lalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Berkontak rapat dengan ADUN Nenggiri, Ku Li positif COVID-19 The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...