EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Levis dan FARM Rio Berkolaborasi Meraikan Kehidupan

0 month ago, 20-Nov-2020

Levis bergabung idea serta kreativiti bersama jenama Brazil, FARM Rio musim ini dalam menghasilkan koleksi aspirasi budaya.

Saya hampir lupa dengan keindahan Rio sehinggalah menerima perkhabaran tentang kolaborasi ini. Tanpa perasaan, maklumlah sudah berapa lama terperuk di rumah dan hanya cuti-cuti Malaysia sahaja. Hanya angan-angan yang menemani rasa sunyi mahu menggembara. Saya skrol satu perenggan ke perenggan yang lain sampailah tangan terberhenti di foto-foto kempen yang dihasilkan dua jenama hebat ini.

Impressive! Satu kolaborasi indah dan membanggakan. Kolaborasi turut diinspirasikan daripada warna serta bentuk yang dipersembahkan oleh alam; langsung mengetengahkan emosi rasa, perincian dan kualiti untuk koleksi terbaru mereka.

Dua jenama ini berkolaborasi menghasilkan 10 helaian ikonik feminin, antaranya jaket Trucker, celana jeans Ribcage, kemeja-T, seluar pendek denim, jumpsuit dan helaian ringan. Setiap rekaan menampilkan cetakan tropika dan ikon Brazil yang eksklusif seperti burung toucan, jaguar, katak pokok serta burung kakak tua.

Berharga antara RM139 ke RM499, koleksi ini hadir dalam 2 rangkaian, yang pertama pada 15 Oktober 2020 sementara yang kedua pada 1 Disember 2020.

Pendek kata, kolaborasi ini bakal membuatkan kita lebih menghargai keindahan dunia dan tidak melupakan kelestarian masa depan.

Jenama berusia 23 tahun dari Rio de Janeiro iaitu FARM Rio ini adalah pakar dalam rekaan berteraskan cetakan dan kepelbagaian corak serta sering mengambil ilham alam sekitar sebagai sumber utama inspirasinya.

Jenama ini juga merangkumi gaya hidup Brazil dan Carioca; yang mana mengetengahkan elemen tropika, warna, kegembiraan dan getaran alam.

Menerusi kolaborasi ini mereka cuba memberi sentuhan feminin ke atas gaya denim ikonik. Dengan terarahnya cinta terhadap alam semula jadi, FARM Rio mengembangkan lagi rekaan eksklusif cetakan tropika bersama ikon-ikon Brazil, yang tampil lebih ceria dan borogod, iaitu lebih menarik lagi memukau perhatian.

Levis dan FARM Rio Berkolaborasi Meraikan Kehidupan
Koleksi Levis x FARM Rio ini boleh didapati secara eksklusif di Malaysia di Levi.com.my dan butik Levis terpilih Suria KLCC, Pavilion Elite dan The Gardens Mall.

Sebagai tambahan kepada koleksi ini, Levis dan FARM Rio tidak ketinggalan bekerjasama dengan dua organisasi, SOS Mata Atlantica dan One Tree Planted bagi menanam 14,000 pokok asli yang akan membantu memelihara serta memulihara dua hutan utama di Brazil.

Artikel berkaitan : Gaya Paling Hot Selebriti Hollywood di Coachella 2019.



SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...