EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Gara Berkenalan dgn Mak, Tp Khwin dgn Ank, Shidee Akui Rumah Tangga Perlukan Masa Untuk Dipulihkan

0 month ago, 23-Nov-2021

Meskipun sudah 11 tahun episod hitam dalam perkahwinan penyanyi Shidee berlalu, kisah kahwin tak restu itu kembali timbul.

Ia berikutan penampilannya sebagai peserta dalam program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8).

Pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan Shidee kini setelah kecoh mengenai berita perkahwinannya.

Ini kerana ia telah mendapat tentangan hebat daripada ibu mertua.

Shidee Akui Ambil Masa Pulih

Shidee Akui Ambil Masa Pulih

Ditanyakan mengenai hubungannya kini bersama ibu mertua, Shidee menjelaskan bahawa mereka sudah melupakan segala kisah silam dan hidup dalam keadaan harmoni.

Cari jalan bagaimana nak dekat dengan dia, lama juga. Makan masa dan berbulan juga nak perbaiki.

Alhamdulillah hari ini semua dah okay. terang Shidee lagi.

Shidee juga tidak pernah merajuk seperti yang disangka ramai, namun tidak menyalahkan sesiapa kerana faham mungkin penganjur mengalami masalah untuk menghubunginya.

“Bermula dari 1995 hingga 2002, saya sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Brunei Darussalam.

Selain menyanyi, saya juga ke sana atas urusan perniagaan. Apabila lama di sana, saya terpaksa menukar nombor telefon.

“Ramai yang mahu menghubungi, tetapi gagal. Mungkin dari situ timbul andaian saya sudah tidak mahu menyanyi lagi.

Saya tidak pernah berhenti menyanyi, malah tawaran untuk menjayakan persembahan masih lagi ada.

“Seperti acara ini, penganjur terpaksa meminta bantuan pelbagai pihak untuk mencari saya,” katanya yang ditemui pada majlis sambutan hari raya artis era 1980-an di Putrajaya, baru-baru ini.

Pernah dikenali dengan lagu Semuanya Sudah Terlambat dan Janganlah Menghancurkan, Shidee berkata, dia masih belum berhasrat untuk merakamkan lagu baharu.

Bukan tidak berminat, tetapi banyak perkara perlu dititikberatkan sebelum merakamkan karya baharu.

“Bukan senang untuk mencari lagu yang sesuai dengan karakter saya. Lazimnya, komposer akan menghasilkan lagu mengikut cita rasa mereka.

Perkara itu secara tidak langsung menyukarkan penyanyi, terutama dari segi penghayatan.

“Saya lebih selesa jika komposer tahu karakter seseorang penyanyi. Ketika ini, biarlah saya terus mendendangkan lagu lama kerana ia masih popular dan sering menjadi pilihan ramai,” katanya lagi.

Pernah menghasilkan album, Jamilah yang memuatkan lagu ciptaannya, sedekad lalu, Shidee berkata, produksi itu terperap lama kerana berdepan masalah dari segi pengedaran.

“Tidak mahu menanggung rugi, saya menjual juga album berkenaan ketika saya mengadakan persembahan.

Alhamdulillah, laku 10,000 salinan. Saya puas hati kerana usaha dan penat lelah saya terbayar juga,” kata Shidee.

Sekadar info, Shidee dan isteri telah bernikah pada 1 Februari 2010 dan hasil perkongsian hidup mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

: BeautifuInara / m Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih



SUMBER : budaksitu.pw



Live Website Traffic


loading...