Berkat Untung Jual Gula-Gula, Achey Beli Van Jenazah Untuk Yang Memerlukan Khidmat Secara Percuma
0 month ago, 16-Sep-2023
Penjualan gula-gula Tiara oleh seorang anak artis iaitu Achey di laman TikTok telah mengaut keuntungan diluar jangkaan mereka. Disebabkan oleh itu, hasil keuntungan jualan yang mereka usahakan telah membuatkan Achey untuk membeli sebuah kenderaan serbaguna (MPV) bagi tujuan perkhidmatan van jenazah secara percuma.
@achey_kintangkintung Untuk dia dan untuk kita .. #tiaracandy
? original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Khidmat Van Jenazah Secara Percuma
“Assalamualaikum, inilah pencapaian seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir Binti Abdul Haq atau dikenali sebagai Tiara. Ini adalah pencapaian selepas korang menyokong perniagaan Tiara Candy untuk kami merasa hasilnya. Ini merupakan sebuah kenderaan MPV untuk Tiara atau mungkin untuk kita semua.. sebuah van jenazah percuma yang anda juga telah menyumbang”, kata Achey yang berjaya membeli kenderaan tersebut hasil perniagaan Tiara Candy yang diusahakan di live TikTok.

Minta Orang Ramai Terus Doakan Agar Dapat Beli Van Jenazah Lagi
Tambah Achey lagi, beliau turut meminta para netizen untuk sentiasa mendoakan keluarganya agar mereka dapat membeli lagi van jenazah untuk beberapa kawasan yang memerlukan. Walau bagaimanapun, Achey sempat menyatakan bahawa van jenazah tersebut masih belum dapat beroperasi memandangkan peti untuk menyimpan dan mengusung mayat belum tersedia lagi, tetapi akan sehabis baik untuk menyiapkannya secepat mungkin agar ianya dapat digunakan dengan segera.
Semoga Tiara Candy Terus Maju Jaya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen amat tersentuh dengan tindakan ikhlas yang dilakukan oleh Achey kerana mereka menyangkakan kenderaan tersebut adalah miliknya sebelum kain ditarik. Namun alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kenderaan tersebut dijadikan van jenazah untuk yang memerlukan secara percuma.



Kredit: TikTok achey_kintangkintung
Berkat Untung Jual Gula-Gula, Achey Beli Van Jenazah Untuk Yang Memerlukan Khidmat Secara Percuma Bawang Rangers.