EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

23 hari berjuang untuk hidup, lelaki ini terselamat setelah berhadapan dengan cuaca sejuk ekstrim di Alaska

5 month ago, 15-Jan-2020

Seorang pemuda Amerika Syarikat berusia 30 tahun ditemui selamat setelah kabin yang dihuninya di Alaska terbakar.

Lelaki itu, Tyson Steele, difahamkan telah menghuni kabin itu seorang diri sejak ia dibeli daripada seorang veteran perang Vietnam pada September tahun lalu.

NBC News/YouTube

Dia difahamkan terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk yang sangat ekstrim (-26C) selama 23 hari, sebelum sepasukan penyelamat menemuinya.

Difahamkan juga jiran terdekat daripada lokasi kabin yang dihuninya itu adalah sejauh 20 batu. Ternyata pengalaman yang dilalui Tyson sedikit sebanyak mengingatkan kepada babak filem Cast Away.

NBC News/YouTube

Tyson diselamatkan dengan menggunakan sebuah helikopter dan dia ketika itu berada dalam keadaan yang sangat lesu dan lemah. Menurutnya, dia tidak sengaja menyebabkan kebakaran, di mana anjing peliharaannya, Phil, juga turut terkorban.

Oleh kerana kabin miliknya itu terletak jauh daripada jiran, maka dia kemudian menggali salji dan membina tempat perlindungan sementara dengan tidur di dalam beg tidur dilengkapi dengan jaket dan hanya memakan makanan dalam tin yang sempat dibawanya.

NBC News/YouTube

Dapur kayu saya agak lama jadi saya terpaksa menggunakan sekeping kotak untuk memulakan api, di mana ia seterusnya mencetuskan api sehingga ke atap, katanya.

Setelah itu, dia menggunakan sisa kebakaran daripada kabinnya itu untuk membina pondok sementara selain menulis SOS kod bantuan kecemasan antarabangsa pada salji sambil menunggu diselamatkan.

Dia difahamkan tidak sempat membawa bersama telefon, peta dan lampu. Dia juga hanya memakai sarung kaki dan but sahaja memandangkan kasut musim sejuknya turut dijilat api.

Saya bercadang untuk makan dua tin makanan sehari, di mana bekalan itu mampu bertahan sehingga 30 hari. Namun separuh daripada jumlah tin tersebut telah panas dan pecah. Saya sungguh kecewa dan buntu.

Gerakan mencari dan menyelamat Tyson bertitik tolak daripada laporan kedua ibu bapanya yang gusar apabila langsung tidak mendapat sebarang khabar daripada anak mereka.

Maybe you're interested :


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...