EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Berjaya tawan ikan pari gergasi, nelayan tempatan di Lundu gembira pukat terisi dengan ikan seberat 280 kilogram

0 month ago, 19-May-2020

Tiada apa yang lebih menggembirakan buat golongan nelayan yang berpenat lelah menangkap ikan di lautan, melainkan menerima hasil tangkapan yang banyak dan memuaskan untuk mereka terus menyara diri dan keluarga.

Namun baru-baru ini, nampaknya sekumpulan empat orang nelayan di Lundu menemui rezeki terpijak apabila pukat yang mereka pasang sebelum ini di muara Sungai Lundu akhirnya menjerat seekor ikan pari bersaiz besar.

Ikan pari daun dengan 4 meter lebar tersebut mengambil masa lebih sejam untuk dinaikkan oleh empat orang nelayan terbabit. Berat keseluruhan ikan pari berkenaan adalah 280 kilogram bersamaan dengan berat 5 orang dewasa.

Kami mengambil masa sejam setengah untuk bertarung dengan pari berkenaan dan akhirnya ia tewas sebelum dibawa ke Jeti Nelayan Lundu, jelas seorang nelayan, Azeri Hipni dari Kampung Stunggang Lundu.

Walaupun penat membawa naik ikan itu ke darat namun dia dan rakannya berasa gembira kerana ia adalah rezeki yang tidak diduga, memandangkan sebelum ini mereka hanya mendapat ikan pari bersaiz biasa sahaja.

Kami biasa mendapat ikan pari bersaiz besar, tetapi ini kali pertama pari gergasi yang menyamai berat badan lima orang dewasa itu terjerat dalam pukat kami, tambahnya lagi.

Menurut sumber, isi ikan pari jenis ini lebih tebal manakala isi pada bahagian pangkal ekornya pula adalah lebih banyak berbanding isi pada pangkal ekor ikan pari jenis yang lain dan ia lazimnya sedikit agresif.

 

Berjaya tawan ikan pari gergasi, nelayan tempatan di Lundu gembira pukat terisi dengan ikan seberat 280 kilogram Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...