EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

BERITA BAIK! Elaun sara hidup nelayan naik kepada RM300

0 month ago, 17-Sep-2020


Kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Saya ingin ingatkan, sewaktu Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, Warisan adalah sebahagian daripada PH. Di waktu itu, elaun sara hidup nelayan dipotong dari RM300 kepada RM250.

Hari ini saya ingin umumkan, kita kembalikannya semula, katanya sambil disambut tepukan gemuruh ketika berucap melancarkan skim subsidi baja dan racun padi bukit huma di Dataran Bagandang, kira-kira 90km dari Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee, 2 timbalannya Ahmad Hamzah dan Che Abdullah Mat Nawi, ahli Parlimen Beaufort Azizah Mohd Dun dan bekas ketua menteri Musa Aman.

Skim itu antara lain memberi bantuan geran, elaun, skim ternakan, dan zakat kepada golongan peladang, penternak dan nelayan yang layak mendapatnya dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup golongan itu.

Skim itu melibatkan agensi seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Agrobank. Bernama


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...