EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berhujan kayuh basikal uzur hantar makanan, lelaki sebak dapat hadiah baru

0 month ago, 19-Nov-2020

Bukan mudah untuk mencari rezeki yang halal buat keluarga di rumah. Namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Menerusi satu perkongsian dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syamieyl, dia telah berkongsi kisah perjuangan seorang bapa muda yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Pada awalnya, rakannya telah membuat pesanan makanan menerusi aplikasi Foodpanda sebelum mendapati bahawa penghantar makanan tersebut mengayuh basikal yang agak usang meredah hujan lebat.

Sebak melihat keadaan tersebut, rakan Syamieyl telah membuat naik status di Facebook bagi mendapatkan nombor telefon penghantar makanan tersebut untuk diberikan bantuan.

Apabila berjaya dihubungi, mereka telah bertemu dan menceritakan apa yang terjadi. Paling sedih apabila lelaki tersebut memberitahu sewaktu melalui kedai bundle dan membeli baju hujan bernilai RM3 untuk melindungi diri ketika menghantar makanan.

Rakan Syamieyl yang juga merupakan ahli badan bukan kerajaan (NGO) telah memuat naik status di Facebook untuk meminta sedikit sumbangan bagi membeli basikal baharu buat penghantar makanan terbabit.

Rezeki yang hadir sememangnya tidak salah alamat apabila dia berjaya mengumpul sejumlah bantuan dan terus membelikan basikal baharu buat lelaki berkenaan.

Tambah pengguna Twitter itu, betapa sebak hatinya apabila sampai di rumah penghantar makanan tersebut dimana mereka disambut oleh anak kepada lelaki itu yang masih kecil.

Sebenarnya, penghantar makanan tersebut telah dibuang kerja dan sudah sebulan mencari pekerjaan baharu. Akhirnya dia diberi peluang untuk menjadi penghantar makanan berbasikal oleh Foodpanda.

Di akhir perkongsian Syamieyl itu, dia mendoakan agar bapa muda itu terus kuat dan tabah dalam mencari rezeki yang halal buat keluarga.

Dia juga sempat berterima kasih tidak terhingga kepada NGO yang sama-sama membantu mencari sumbangan demi membelikan sebuah basikal baru buat penghantar makanan terbabit.

: Syamieyl



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...