EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak Berhenti Hulur Bantuan, Kini Hafiz Mahamad Berehat Lepas Disahkan Positif COVID-19

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Selepas sahabat baiknya meninggal dunia pada penghujung Disember tahun 2020 yang lalu, usahawan muda Hafiz Mahamad kini tidak putus sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Lebih-lebih lagi ketika beliau dan isteri, Syafiqah Aina serta puteri sulungnya terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas disebabkan banjir kilat ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, Kelantan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Bermula daripada kejadian tersebut, Hafiz tidak henti turun padang ke kawasan yang terjejas bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir besar itu.

Namun malang tidak berbau apabila pada 13 Disember lalu, Hafiz telah memberitahu bahawa beliau kini positif COVID-19 selepas pulang dari misi bantuan tersebut.

“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulilah result masih negative. Last week saya & keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini 1st day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak & team saya negative.”

Hafiz kini sedang menjalani kuarantin di bilik khas di rumahnya dan beliau berasa bersyukur apabila ahli keluarganya yang lain tidak dijangkiti virus berkenaan.

Ramai pengikut Hafiz di laman Instagram memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada usahawan muda itu untuk terus kuat menjalani ujian ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberi pesanan kepada semua supaya sentiasa menjaga diri.

Semoga Hafiz cepat sembuh dan boleh bekerja seperti biasa selepas ini.

Baca juga artikel sebelum ini:

Takkan Lupa Wajah Mereka Stuck Dalam Jam, Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Terima Bantuan Tepi Jalan

Wakafkan Van Jenazah, Hafiz Mahamad Tak Sangka Jadi Kenderaan Terakhir Sahabat Baik

foto dan video: Instagram Hafiz Mahamad

Tak Berhenti Hulur Bantuan, Kini Hafiz Mahamad 'Berehat' Lepas Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...