EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kini Bergantung Pada Tahap Oksigen Tertinggi, Achey Harap Bonda Terus Kuat

0 month ago, 26-Aug-2021

Pelawak Achey baru-baru ini ada memberitahu bahawa ibu kesayangan, Ngaisah Hassan,73, masih lagi dirawat di Hopsital Segamat dan bergantung kepada tahap oksigen paling tinggi untuk bernafas.

Advertisement

Achey yang dihubungi sebuah media berkata, keadaan ibunya itu dimaklumkan doktor yang merawat di mana dia tidak boleh bernafas jika disalurkan oksigen bertahap rendah.

Doktor beritahu sekarang emak menggunakan tahap oksiden paling tinggi untuk bernafas. Namun, doktor cuba juga nak turunkan tahap oksigen itu tapi mak mungkin tak mampu nak bertahan.

Dia dalam pada itu berharap agar ibunya terus kuat berjuang meskipun keadaanya stabil kerana sudah lebih 20 hari dia dirawat di hospital.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia berhasrat untuk merawat syurganya itu sendiri di rumah dan telah menyiapkan peralatan perubatan lengkap seperti mesin oksigen untuk kegunaan bondanya kelak.

Terdahulu, sekitar awal Ogos lalu, Achey berkongsi berita sedih apabila ibu, kakak serta abangnya telah disahkan positif COVID-19 setelah membuat ujian saringan.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Kini Bergantung Pada Tahap Oksigen Tertinggi, Achey Harap Bonda Terus Kuat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...