www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Dua beregu pro negara tawan Thailand Masters

0 month ago, 13-Jan-2019


Dua gandingan beregu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong memulakan tahun 2019 dengan langkah kanan apabila menjuarai kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 300 Thailand Masters di Bangkok semalam.

Menariknya, kedua-dua pasangan negara itu muncul juara ketika mereka tampil sebagai gandingan profesional buat kali pertama selepas keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Peng Soon-Liu Ying membuktikan betapa mereka masih berhak digelar beregu campuran nombor satu negara ketika ini. Tampil selaku pilihan pertama kejohanan, Peng Soon-Liu Ying tidak berdepan masalah melakar kemenangan 21-16 21-15 ke atas gandingan tuan rumah yang juga pilihan kedua, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taeratanattachai dalam masa 46 minit.

Kejayaan itu menyaksikan Peng Soon-Liu Ying yang kini menduduki ranking keenam dunia mempertahankan kejuaraan Thailand Masters yang dimenangi mereka tahun lalu.

Skrip yang hampir sama turut berlaku ke atas gandingan V Shem-Wee Kiong. Selaku pilihan pertama, gandingan beregu lelaki nombor satu negara itu hanya memerlukan 32 minit untuk menewaskan pilihan kelima dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-13 21-17.

Pada 17 Disember tahun lalu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa Peng Soon-Liu Ying yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 di Brazil telah membuat keputusan untuk meninggalkan BAM.

Difahamkan, tindakan mengejut Peng Soon-Liu Ying itu adalah bagi mencerahkan peluang mereka merebut tiket bersaing pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Awal tahun ini, BAM turut mengesahkan V Shem-Wee Kiong membuat keputusan sama dengan mengikut jejak langkah Peng Soon-Liu Ying. Bagaimanapun, keputusan V Shem-Wee Kiong itu bukan sesuatu yang mengejutkan selepas mereka mempamerkan prestasi buruk sejak dua tahun lalu sehingga beberapa kali mendapat amaran daripada BAM.

V Shem-Wee Kiong yang memenangi pingat perak Sukan Olimpik 2016 gagal mempertahankan pingat emas pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia apabila sekadar meraih gangsa.

Mereka juga dilihat cukup bergelut dengan prestasi hambar pada kempen Piala Thomas, Kejohanan Dunia serta Sukan Asia di Indonesia tahun lalu.

Dua beregu pro negara tawan Thailand Masters Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts