EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berebut Jantan Punca Sekumpulan Remaja Belasah Gadis Di Kelantan

0 month ago, 05-Apr-2021

Baru-baru ini tular video beberapa remaja perempuan didakwa memukul seorang remaja perempuan dalam kejadian dipercayai berlaku di Kelantan.

Susulan video tular itu, pihak polis memaklumkan 10 inividu berusia 14 hingga 17 tahun ditahan selepas mereka tampil di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah Kelantan semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, enam remaja perempuan dan empat lelaki tampil menyerah diri sebaik hebahan mengenai mereka dilakukan.

Lapan daripada remaja itu masih bergelar pelajar manakala dua sudah berhenti sekolah dan semua tangkapan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas keterangan selesai diambil.

Seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methampethamin dan punca pergaduhan disyaki disebabkan berebut teman lelaki, katanya.

Kes berebut boyfriend.

Kata jangan rakam, jangan post tapi tersebar jugak video buli. pic.twitter.com/YvPgAQ2daJ

Bella Hadidnt (@nabilfikran10) April 2, 2021

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 atas kesalahan merusuh. Dalam video tular itu memaparkan seorang remaja perempuan dipukul tiga remaja lain dengan ditolak sebelum disepak berkali-kali.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, mangsa tidak melawan dan menerusi audio kedengaran bahawa rakaman itu tidak akan disebarkan sebaliknya hanyalah untuk mengugutnya.

SUMBER: Harian Metro



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...