EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berdepan Hukuman Mati, Lelaki Didakwa Buang Anak Teman Wanita

0 month ago, 08-Apr-2021

Seorang remaja lelaki berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan membuang bayi yang dilahirkan kekasihnya di dalam semak berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ahmadiah pada 29 Mac lalu.

Tertuduh didakwa telah membunuh seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya berusia 17 tahun antara pukul 12.01 pagi hingga 10.30 malam.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada remaja berusia 19 tahun itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan soal siasat mendapati remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi tersebut dipercayai hasil hubungan sulit bersama lelaki berkenaan.

Berdepan Hukuman Mati, Lelaki Didakwa Buang Anak Teman Wanita Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...