EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hati Tak Rasa Nak Bercinta, Apa Sebabnya?

0 month ago, 05-Apr-2021

Tak rasa nak bercinta, dah kenapa pula?

Kebiasaannya bila menyentuh soal percintaan, hati dan perasaan, wanitalah insan yang paling gembira untuk berbual mengenai topik seperti itu.

Tapi ada juga segelintir wanita yang tidak merasa apa-apa, bahkan ada yang merasakan tidak ingin untuk bercinta langsung. Jadi apa yang membuatkan terbitnya rasa sebegitu dalam hati wanita, ketahui jawapannya di bawah.

Trauma Pengalaman Lama

Foto Womens Agenda

Bagi wanita yang tidak rasa hendak bercinta, mungkin kerana disebabkan luka pengalaman lama membuatkan diri berasa trauma untuk bercinta lagi.

Sekaligus, menolak sebarang hubungan dari jejaka yang berpotensi untuk menjadi teman hidup diri. Apatah lagi, bukan mudah untuk melupakan trauma pengalaman lama dalam situasi seperti ini hanya masa yang boleh merawat hati yang terluka itu.

Takut Kena Reject

Foto Though Catalog

Selain itu, antara sebab lain wanita tidak mahu bercinta adalah kerana mereka sendiri rasa takut kena reject bila meluahkan rasa suka pada sang jejaka.

Rasa takut yang menular mempengaruhi keputusan diri, lalu membuatkan hati memilih untuk tidak mahu bercinta dan mengelak dari si dia.

Tak Sanggup Curah Kasih Sayang Pada Insan Yang Salah

Foto Elite Daily

Wanita juga sangat takut untuk menjalin hubungan dengan lelaki, kerana khuatir perasaan yang dicurahkan selama berhubungan akhirnya punah begitu saja.

IKLAN

Takut Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Dalam Hidup

Foto iStock

Tahu tak, rasa tidak mahu bercinta itu boleh hadir disebabkan jiwa wanita itu sendiri berasa takut untuk menerima kehadiran insan lain dalam hidup.

Susah Nak Percaya Insan Lain

Foto Melissa Josue

Satu lagi faktor yang membuatkan wanita rasa tiada hati nak bercinta adalah kerana hati mereka sukar nak mempercayai orang lain dalam hidup mereka.

Kepercayaan sukar untuk diberikan pada sang jejaka, jika si dia tidak menunjukan bahawa dirinya berhak untuk dipercayai dan menjalin hubungan bersama wanita tersebut.

Ruang Hati Hanya Untuk Diri Sendiri

Foto Pinterest

Ada juga wanita yang merasakan hati mereka hanya ada untuk diri sendiri saja, dan tidak muat untuk memasuki insan lain dalam jiwa.

Biasanya wanita seperti ini lebih memilih untuk menyayangi diri sendiri sepenuhnya dahulu sebelum orang lain, dan menganggap jika hidup sendirian juga tidak mengapa asalkan jiwa sendiri berasa selesa.

Mempunyai Matlamat Yang Perlu Dicapai Dahulu

Foto KMA Therapy

Selain itu, ada juga wanita yang mengutamakan matlamat dan cita-cita diri terlebih dahulu sebelum mengejar cinta hati diri.

Bagi mereka tiada apa yang penting berbanding mengecapi target yang telah disetlkan di minda dan jiwa, sebab itu bila wanita sudah membuat keputusan mereka tidak akan berganjak.

Jika kamu merupakan wanita seperti ini, ambil masa kamu dan percayalah pintu hati kamu akan terbuka jua kelak.

Selamat beramal?



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...