EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berbaloi suami beri hantaran RM91k, cara Hanis Zalikha didik anak dikagumi

0 month ago, 10-Jun-2021

Dalam ramai-ramai anak artis, tidak dinafikan cahaya mata kepada selebriti Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen antara menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Lihat sahaja telatah Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, bukan hanya cerdik malah dilihat sangat sopan dan tertib dalam melontarkan kata-kata walaupun usia mereka baru melangkah ke beberapa tahun.

Berikutan itu, warganet di laman Twitter berkongsi pendapat bahawa Hanis sememangnya mempunyai tahap kesabaran dan cara tersendiri dalam mendidik anak-anak dari pelbagai aspek kehidupan.

Hanis Zalikha parenting skills is ????????????????????????

ftnshc (@fatinnoraishah) June 7, 2021

The way hairul azreen and hanis zalikha parenting their childrens ????????????????

s???????????????? (@mirahmka) June 4, 2021

Hanis Zalikha is definitely my role model ????

???????????????????? (@rwmarly) June 8, 2021

Mengakui bukan mudah bagi membentuk perilaku anak-anak, rata-rata kagum dengan kemahiran keibubapaan dimiliki selebriti berusia 31 tahun itu sekali gus mengungkit soal wang hantaran yang diterima dahulu.

so memang worth it la hanis zalikha jaga anak dia apa semua dengan hantaran 91k..

Do Not Stop Talking About PALESTINE (@syxzxqishh_) June 9, 2021

I saw they said "berbaloi hantaran hanis zalikha 91k " ? legit true https://t.co/07yaCIIMue

????????????????? (@wawazahid_) June 8, 2021

Netizen menyifatkan hantaran berjumlah RM91, 019.90 diberi Hairul itu adalah berbaloi, namun perlu diingat bahawa wang ringgit bukan penentu kehebatan dalam membesarkan anak-anak.

Terdahulu, Hanis atau nama penuhnya Hanis Zalikha Zainal Rashid berkahwin dengan Hairul pada 5 Jun 2015 dengan menerima mas kahwin RM300 serta sebentuk cincin selain wang hantaran mewah tersebut.

: Twitter



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...