www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


'Berbaloi ke harga RM550 untuk inai camni? 17 tahun pengalaman katanya'

0 month ago, 08-Dec-2018



Bagaikan tidak masuk akal dikenakan caj perkhidmatan yang terlalu mahal bagi hasil yang didakwa tidak seberapa. Inai yang dibuat oleh Henna Artist ini dianggap tidak berkualiti, apatah lagi pelanggan terbabit meluahkan rasa kecewanya dengan hasil yang indah khabar dari harga. 

Menurut WN Syuhada, dia menghadiri majlis makan malam pada hari kejadian dan memerlukan perkhidmatan inai. Oleh kerana kesuntukkan masa, dia terpaksa memanggil seorang wanita ini yang boleh membuat inai di tangan dia dan rakannya. 

INAI HARGA RM550 UNTUK TANGAN SAHAJA

Untuk dinner malam itu, semuanya perfect for me. Baju onz by Uncle's Ash bin Arrif, make up onz by Ainna ML tapi inai saja kelaut. Stress betul. 

Ceritanya, Syu tak sempat berinai. So, minta kawan carikan someone yang boleh datang ke hotel untuk inai sebab petang itu busy sangat. Syu dah WhatsApp beberapa Henna Artist di sekitar Kuala Lumpur, tetapi semua full date. 

Maka dengan masa yang terhad, panggil saja auntie ini di Ampang Point. Dia sanggup datang hotel untuk buatkan inai. Harga yang dipersetujui bersama dia pada mulanya RM150 untuk inai di tangan sahaja. 

Kemudian dia pun datang ke hotel. Lambat juga dia sampai. Jadi, kitorang pun mulalah berinai. Mula-mula boleh nnampak lukisan dia tidak kemas. Kemudian asyik tersalah saja. Lukisan di tangan kiri tidak sama seperti di tangan kanan. 


Setelah siap inai di tangan kawan Syu, giliran SYu pula untuk diinai. Syu request nak panjang sikit dari kawan Syu. Kemudian bunga nak lebat sikit. Tapi last-last dia beritahu harga RM550. 

Mula-mula nampak okay saja inai sebab belum kering, kan? Nampak cantiklah juga. Selepas kering, aduhai, stress tengok tak ada rupa inai langsung. Auntie ini pula awal-awal dah lari, tak tunggu kering. Katanya dia rushing nak ambil anak. 


Syu pertikaikan juga harga itu pada mulanya. Tetapi dia kata harga dicaj RM550 sebab design susah dan tambahan pula dia sudah berpengalaman dalam inai ini 17 tahun, okey? Syu dah pelik semacam. Takkan tambah panjang sikit harga terus mencanak naik dari kawan? Kawan Syu dikenakan harga RM150, Syu pula RM550. Transportation lain kos tau. Tetapi disebabkan dah penat waktu itu, jadi Syu bayar sajalah. 


Auntie ini beroperasi di Ampang Point. Tak ada niat nak tutup periuk nasi dia. Cuma lain kita berhati-hatilah. Salah Syu sebab tak tanya awal-awal sebab ingatkan harga naik sikit saja. Kalau cantik tak apa, ini.. alahai. Stress tengok. Berbaloi ke harga RM550 untuk inai macam ni? Geram je tengok. 

SUMBER : viralpurba.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts