EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berbaloi Hantaran Kahwin RM91 Ribu, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak

0 month ago, 09-Jun-2021

Keletah dan gelagat anak kepada pasangan selebriti terkenal Hanis Zalikah dan Hairul Azreen sering menjadi tumpuan peminat.

Bukan saja comel, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah juga pintar dan bijak meskipun baru melangkah umur hanya beberapa tahun.

Advertisement
Hanis Zalikha Hairul Azreen : Instagram Hanis Zalikha  

Sering menjadi perbualan, kecoh sebentar di media sosial terutama Twitter apabila netizen memuji cara Hanis mendidik anak-anak dalam setiap aspek kehidupan dan pembelajaran.

Malah, ramai netizen terutamanya golongan ibu bersetuju bahawa Hanis memang mempunyai skil dan kemahiran untuk mengajar kedua cahaya matanya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Ada juga yang tampil memberi pendapat bahawa tidak semestinya perkara seperti wang ringgit yang perlu diutamakan dalam mendidik anak-anak.

Advertisement

Hanis Zalikha parenting skills is ??????

ftnshc (@fatinnoraishah) June 7, 2021


“Tak payah sekolah mahal. Kita sendiri boleh ajar di rumah. Memang Hanis Zalikha itu berduit. Tapi tak kisah la berduit atau sederhana, kalau dah niat nak bentuk anak, macam mana pun kita akan buat juga..” tulis seorang pengguna media sosial.

Sekadar info, Hairul dan Hanis telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 yang lalu serta perkahwinan pasangan ini menjadi perbualan hangat apabila Hairul telah menyerahkan wang hantaran bernilah RM91,019,90 kepada isterinya.

BACA: “Pandai Dia Jaga Hati..” Dapat Hadiah Lilin Sahaja, Sikap Yusuf Iskandar Tidak Mengeluh Dipuji Netizen

Berbaloi Hantaran Kahwin RM91 Ribu, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...