www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


'Berapa kali masuk anugerah 500 Most Influential Muslim in the World' - Raihan, living Legend otai paling power

0 month ago, 14-May-2019



Ketika awal tahun 90-an kemunculan kumpulan nasyid ini telah memberi nafas baru di dalam industri muzik (nasyid). Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Syukur antara lagu-lagu yang membawa kumpulan Raihan ke kemuncak populariti. 

Nama kumpulan Raihan sekali lagi menjadi tumpuan para peminatnya, apabila penyanyi, Aliff Satar berduet bersama Raihan menyanyikan lagu Sesungguhnya. Rentetan dari itu juga, kisah-kisah pencapaian kumpulan Raihan mula diperkatakan. Apa yang menarik, kumpulan Raihan bukan sahaja menjadi perhatian masyarakat di negara lain malah mereka juga pernah dijemput oleh Ratu Elizabeth II untuk membuat persembahan nyanyian.

RAMAI orang kata, artis kita kena ikut artis Korea untuk diterima seluruh dunia. Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya. Tapi agaknya ramai lupa atau buat-buat lupa. Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara. 

1) Pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.

2) Menerima surat penghormatan daripada Putera Charles untuk persembahan mereka.

3) Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.

4) Ramai peminat kipas-susah-mati, dipelbagai negara benua Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika. Ramai peminat luar negara cuba belajar bahasa Melayu menggunakan nasyid Raihan. Semasa itu Youtube dan Spotify belum power lagi. Orang pakai Kaset dan CD lagi.


5) Tony Fernandes, menyokong Raihan diperingkat awal sebagai Pengarah Urusan Warner Music, dan juga menaja Raihan ke London melalui Air Asia. Tony knows big business opportunity in Raihan, earlier than others.

6) Tak mainlah anugerah dalam negara ni. Puji-Pujian jadi all time Malaysia's best album (1.5 juta), 66 kali platinum. Menangis Ella dan Siti Nurhaliza jauh ditinggalkan.

7) Berapa kali masuk anugerah 500 Most Influential Muslim in the World.

We have many talents, but we don't appreciate real talents. Nak export Malaysian music? Raihan dah tunjuk contoh sejak 20 tahun dulu. Eh tak ada kaitan dengan Reformasi 98 ya. Sangat kebetulan. 




SUMBER : thereporter.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts