EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berang Lembu Makan Rumput Yang Ditanam. Serang Pemilik Lembu dengan Parang.

0 month ago, 19-Nov-2020

Berang Lembu Makan Rumput Yang Ditanam. Serang Pemilik Lembu dengan Parang. | Dungun: Seorang lelaki menyerang seorang peneroka menggunakan parang gara-gara tidak berpuas hati apabila lembu milik mangsa dikatakan memasuki kawasan tanaman rumputnya di Ketengah Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 62 tahun cedera di muka dan menerima lapan jahitan akibat diserang suspek berusia 60 tahun.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke kandang lembunya dengan menunggang motosikal sebelum ditahan suspek yang juga seorang peneroka.

Katanya, suspek memaklumkan lembu mangsa memasuki kawasan tanaman rumput miliknya sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Suspek yang gagal mengawal perasaan marahnya dikatakan pergi ke arah kenderaannya sambil membawa sebilah parang lalu menyerang mangsa.

“Serangan itu menyebabkan mangsa jatuh dari motosikalnya manakala suspek dan menantunya yang turut berada di lokasi kejadian segera beredar.

“Mangsa yang luka di pipi kanan pulang ke rumahnya sebelum dibawa anaknya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Ketengah Jaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

: Metro

Berang Lembu Makan Rumput Yang Ditanam. Serang Pemilik Lembu dengan Parang. KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





Live Website Traffic


loading...