EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berang kerana sebiji tembikai, ini yang dilakukan ahli sufi kepada isterinya

0 month ago, 10-Jun-2021

kerana sebiji tembikai

Pada suatu hari seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq al- Balkhi telah membeli sebiji tembikai di sebuah pasar. Kemudian dia telah membawa pulang tembikai tersebut untuk santapan keluarganya.

Apabila isterinya membelah buah tembikai tersebut untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok. Oleh itu beranglah si isteri kerana merasakan ia telah tertipu.

Melihat keadaan itu, maka Syaqiq pun bersuara, kepada siapa engkau tujukan amarahmu wahai isteriku. Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau pencipta buah tembikai itu?

Mendengar pertanyaan suaminya, maka bungkamlah si isteri tanpa ada jawapan. Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya,

Adapun si penjual sudah tentu mahu jualannya terdiri dari barangan yang terbaik. Dan si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik dan berkualiti. Manakala si penanam pula sudah pastinya juga mahukan hasil tanaman yang paling baik sekali. Oleh itu, ternyata amarahmu ini engkau tujukan kepada pencipta buah tembikai tersebut.

Sambung Syaqiq lagi, Bertakwalah engkau kepada Allah dan redalah dengan setiap ketentuan Nya. Sesungguhnya ini semua adalah ujian yang harus kita tempuhi sebagai manusia. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melihat diri sendiri, sejauhmana keimanan kita kepada Nya

Mendengar kata-kata dari si suami, maka berderailah air mata si isteri lantaran keterlanjuran sikapnya. Lalu bertaubatlah dia dan menerima apa yang telah ditentukan Allah dengan hati yang terbuka.

Sesungguhnya firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nahl ayat 96 bermaksud,

dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar.

Manakala dalam hadis juga Baginda s.a.w. ada bersabda

sabar adalah salah satu harta simpanan di antara simpanan-simpanan yang disediakan di syurga. HR Ibnu Abi Syaibah

Oleh itu perbanyakkanlah sabar dalam menempuhi dugaan serta cabaran, tidak kira di mana sahaja kita berada tanpa mengira masa. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Al-Anfal :46

______________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diFacebook,Twitter,Instagram&Telegram



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...