EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Berang Ditegur Kerana Leka Bermain Telefon, Anak Tikam Bapa Hingga Maut

0 month ago, 19-Nov-2020

Akibatberang ditegur leka bermain telefon oleh bapanya, seorang anak sanggup membunuh bapanya dengan pisau di rumah di Simpang Pertang, Jelebu pagi semalam.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa, Tan Yin Fah, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek pada bahagian depan dan belakang badan.

Berlaku pertengkaran

Difahamkan lagi, lain suspek, ibu mangsa yang berusia 85 tahun turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan.

Siasatan awal, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran.

Cuba larikan diri

Setelah membunuh bapanya, suspek kemudiannya melarikan diridengan menaiki motosikal. Bagaimana pun, suspek berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian.

Lelaki yang berusia 35 tahun tersebut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan di hadap ke Mahkamah Majistret Jelebu.

Berang Ditegur Kerana Leka Bermain Telefon, Anak Tikam Bapa Hingga Maut Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...