www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Berang anak dibuli, bapa tikam pembuli anaknya sampai mati

0 month ago, 15-May-2019



Berang anak perempuannya menjadi mangsa buli, seorang bapa bertindak menikam murid lelaki berusia 10 tahun sehingga mati, lapor Shanghaiist

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Jumaat lalu, suspek berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Wang, datang ke sebuah sekolah rendah di Jiangxi sebelum menikam mangsa dengan pisau pemotong buah. 

Mangsa, Liu, yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia ketika menerima rawatan

Susulan kejadian itu, Wang telah ditahan oleh pihak polis. 

Ketika disoal-siasat, Wang mengaku dia telah menikam mangsa kerana kanak-kanak itu selalu membuli anaknya. 

Difahamkan, dalam group aplikasi WeChat ibu bapa dan guru, Wang pernah mendakwa anaknya dibuli oleh Liu dan sudah memberi amaran kepada Liu agar berhenti membuli anaknya dan mengancam akan mengambil tindakan sendiri terhadap Liu sekiranya pihak sekolah gagal mengambil tindakan terhadap Liu.

Guru yang bertanggungjawab kemudian mengatur pertemuan di pada Jumaat di antara ibu bapa kedua-dua murid untuk berbincang mengenai masalah itu dan menuntut Liu memohon maaf. Malangnya ibu bapa Liu tidak datang. 



SUMBER : thereporter.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts