EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bengkak gusi sampai reput, budak terpaksa buang hampir semua gigi

0 month ago, 11-Oct-2019

Menjaga kesihatan gigi perlu dijaga sejak dari kecil lagi. Gigi susu yang rapuh dan dicabut sebelum masanya boleh mengganggu nutrisi baik dan perkembangan pertuturan.

Itu yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan akibat gigi mereput sehingga gusi membengkak.

Perkara itu dikongsi oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut dengan memuat naik sebuah posting di laman Facebook. Ikuti perkongsiannya..

Bagi yang tanya kakak sakit apa, sebenarnya kakak buat pembedahan gigi. Gigi dia buruk dan mereput serta gusi membengkak. Jadi dia selalu sakit gigi.

Bila ke klinik, doktor tak boleh nak cabut sebab gigi dia rapuh dan kebanyakannya dah tinggal tunggul kat dalam gusi. Gigi baru nak tumbuh tak boleh nak keluar sebab ing.

Jadi doktor sarankan untuk buat pembedahan gigi. Buang semua gigi sekali gus. Hampir 20 batang jugak. Kita cabut satu pun menangis, apatah lagi banyak camtu.

Siap kena jahit atas bawah pulaktu. Alhamdulillah semasa pembedahan, semua berjalan dengan lancar.

Selepas pembedahan keadaan kakak stabil, sekarang dah boleh bawa dia pulang.. Terima kasih auntie dan uncle yang ambil berat tentang kakak.

: Facebook

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...