EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bendera kejayaan melawan COVID-19 dikibar Julai ini?

0 month ago, 25-Jun-2020

Kehadiran bulan Julai pasti dinantikanapabila negara diramal bebas daripada pandemik COVID-19 setelah berperang sejak Januari tahun ini.

Namun itusemua terletak kepada kepatuhan rakyat Malaysia terhadapprosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengejar sifar kes COVID-19 berbanding satu atau dua angka ketika ini,sekaligusmenyertai negaralain yang telah mengibarkan bendera kejayaan melawan COVID-19.

Keyakinan itu disandarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang medianya pada Rabu bahawa sasaran itu dapat dicapai pada pertengahan Julai berikutan angka kes jangkitan baharu yang kecil, disertaijumlah pesakit yang dibenarkan keluar hospitalyang tinggi dan kadar kematian yang rendah.

Seperti semalam, kes baharu COVID-19 kekal mencatatkan satu angka iaitu enam kes, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 244 kes dan dengan pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,596 kes, selain tiada kematian dicatatkan menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 121 kes.

Tumpuan penjagaan kesihatan dan pencegahan penularan bukan hanya tertumpu kepada rakyat Malaysia sahaja malah turut dihala kepadawarga asing yang berada Malaysia secara sahselepasmasalah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diselesaikan.

Apabila kes semakin terpencil dan berada di tahap yang boleh dikawal, pelbagai aktiviti membabitkan orang awam kini boleh dilakukan termasuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada akhirJulai ini untuk kawasan Wilayah Persekutuan dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media pada Rabuberkata kebenaran itu untuk semua masjid,surau serta kawasan yang di Wilayah Persekutuan,dan perlu mengikut panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berita gembiraturut disampaikan beliau kepada mereka yang ingin bertunang dan berkahwin apabila kebenaran telah dibenarkan mulai 1 Julai ini selainmajlis berkaitan keagamaan serta majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir.

Moga Julai datang membawa seribu makna dan keberkatan kepada Malaysia berlapikkan normal baharu dalam memastikan negara bebas sepenuhnya daripada penularan pandemik COVID-19.

: Bernama


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...