EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

4 Benda Pelik Lelaki Dambakan Pada Wanita

0 month ago, 13-Feb-2020

Apa yang lelaki mahukan pada wanita? Satu soalan yang cukup misteri dan kekal misteri sehingga ke hari ini. Kerana cinta sangat subjektif, ada yang lebih memikirkan soal fizikal penampilan semata, ada juga acah-acah tahi ayam tengok pada kebaikan hati tapi lama-kelamaan penampilan juga difokuskan.

Jadi bagaimana? Apa kaum Adam ini dambakan pada wanita?

Terdapat satu perkara yang biasa untuk kebanyakan lelaki pandangan pertama menarik mereka pada wanita tertentu. Ada wanita beruntung lelaki tertarik dengannya tanpa perlu sedikit usaha, sementara ada yang harus berusaha lebih keras supaya lelaki melihat padanya.

Berikut adalah 4 perkara mengenai wanita yang menarik lelaki dengan serta-merta:

Mengenakan solekan yang spesifik

Sesetengah lelaki mendakwa bahawa mereka lebih suka wanita tanpa solek kerana mereka kelihatan natural beauty. Tetapi menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Zoosk (online dating), daripada 1,200 wanita yang bersolek pada gambar profil mereka, 139 mereka lebih cenderung menerima mesej daripada lelaki. Lelaki lebih cenderung ingin bertemu seorang wanita jika dia memakai gincu dalam foto profil.

Foto Pinterest

Lelaki mengatakan mereka lebih suka wanita yang kelihatan semula jadi, mereka gemar pada wanita yang tampil dengan solekan natural serba ringkas terpana pada wanita yang cantik mengenakan eyeliner dan gincu merah (merah pada mereka sangat seksi dan memukau).

Pakai warna merah

Merah adalah warna keghairahan. Jadi, tidak hairanlah lelaki begitu tertarik kepadanya. Dalam satu kajian psikologi dari University of Rochester, lelaki ditunjukkan gambar wanita dalam pakaian yang pelbagai warna. Rata-rata lelaki memilih wanita yang memakai merah, lebih cenderung ditemui seksi dan menarik pada mata mereka, dan lelaki lebih mungkin ingin mengajak wanita ini keluar.

Foto Pinterest

Suara bernada tinggi

Ada tak sesiapa di sini boleh terpana dengan suara seseorang. Kajian menunjukkan bahawa wanita cenderung untuk mencari lelaki yang miliki suara deep. Ia bertentangan dengan lelaki. Pilihan ini mempunyai kaitan dengan saiz seseorang yang memiliki suara itu.

Foto MSN

Jika wanita mendengar seorang lelaki dengan suara yang deep, dia mengaitkannya dengan keadaan yang lebih besar. Sebaliknya, apabila lelaki mendengar seorang wanita dengan suara yang tinggi, mereka mengaitkannya dengan seorang yang kecil molek, individu berangka kecil.

Nisbah tubuh yang elok terletak

Perkara ini tidak berkaitan dengan daya tarikat dan lebih banyak mengenai kesihatan dan kesuburan. Bukti menunjukkan bahawa nisbah waist-to-hip adalah petunjuk kuat terhadap tahap estrogen wanita, sama ada risiko obesiti atau penyakit seperti kencing manis, kanser ovari dan jantung.

Foto Arkib Wanista

Erti kata mudah, lelaki mahukan wanita yang menjaga kesihatan dengan bersenam dan sentiasa menjaga penampilan. Supaya bila mereka dalam sarungan pakaian, mereka kelihatan cantik terletak.

Apa pendapat anda, para wanita? Adakah anda memenuhi karakter di atas?

RUJUKAN


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...