www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bale belum move on, sindir gol Puskas 2018 yang dimenangi Mo Salah

0 month ago, 05-Dec-2018


Bale merasakan gol sepakan guntingnya lebih layak memenangi Puskas.

GARETH Bale nampaknya masih belum dapat menerima hakikat gol sepakan guntingnya di final Liga Juara-juara Eropah gagal memenangi Anugerah Puskas 2018.

Menurutnya, gol bintang Liverpool, Mohamed Salah yang dipilih memenangi anugerah tersebut sebagai tidak masuk akal kerana ianya bukanlah gol yang terbaik berbanding beberapa pencabar lain.

Malah, katanya, dengan terpilihnya gol Salah itu ia telah menjatuhkan prestij anugerah gol terbaik dunia itu.

“Sejujurnya saya memang terkejut (gol Salah memenangi Puskas). Tapi, apa yang boleh anda buat?

“Kemenangan itu membuatkan anugerah itu hilang sedikit prestijnya walaupun gol yang dijaringkan Salah itu agak luar biasa,” katanya dalam satu wawancara bersama FourFourTwo.

Bale belum ‘move on’, sindir gol Puskas 2018 yang dimenangi Mo Salah Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts