EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Belum tahu siapa akan nyanyi Anta Permana

1 month ago, 07-Nov-2019

SAYA harap siapa pun penyanyi yang dipilih nanti akan menyampaikan lagu Anta Permana sebaik mungkin.

Sebagai komposer lagu ini, saya mampu mendoakan yang terbaik saja, kata penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini.

Hael berkata demikian ketika mengulas spekulasi nama penyanyi Bob Yusof disebut bakal menggantikan tempat Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Anta Permana pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang akan bermula pada 15 November ini.

Lagu Anta Permana adalah ciptaan Hael bersama Ezra Kong.

Ditanya sama ada dia mengetahui desas-desus pemilihan Bob AF pula, kata Hael, dia tidak dapat mengulas mengenai perkara itu.

Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengulas desas-desus mengenai pemilihan Bob AF menyampaikan lagu Anta Permana seperti heboh diperkatakan ramai ini.

Saya juga hanya serahkan pada pihak pengurusan Universal Music untuk memilih siapa penyanyi yang akan menyanyikan lagu ini nanti, katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, wakil syarikat rakaman Universal Music, Amir Wahab berkata, pihaknya masih mencari penyanyi yang tepat untuk menyampaikan lagu Anta Permana bagi menggantikan Siti pada peringkat SFMM34 nanti.

Pihak kami masih mencari penyanyi sesuai untuk menggantikan tempat Siti. Kalau boleh, penyanyi ini bukan kalangan artis baharu.

Namun, pemilihan penyanyi juga perlu mendapat persetujuan daripada Hael dan Siti terlebih dulu, katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman 30 lagu yang layak bertanding pada SFMM34 di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Penerbit Eksekutif SFMM34, Nurhul Huda Khalid.

Menurut Nurhul Huda, pihak produksi menyerahkan kepada pemilik lagu terbabit untuk membuat keputusan.

Kami menerima siapa saja penyanyi yang dipilih pihak pengurusan Universal Music nanti.

Namun, jika Siti mengubah fikiran untuk menyanyikan lagunya jika mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 pun, kami tetap terima keputusannya itu, katanya.

Terdahulu isu penyanyi yang layak untuk menyanyikan lagu Anta Permana timbul apabila Siti tetap dengan pendirian untuk tidak lagi bertanding dalam program berkenaan kerana ingin berehat.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...