EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Belum Lahir Dah Ditaja, Ayda Jebat Anggap Ia Rezeki Anak

0 month ago, 30-Aug-2021

Rezeki anak, itu yang boleh dikatakan buat pasangan selebriti, Nabil Mahir dan Ayda Jebat yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka, tidak lama sahaja lagi.

Advertisement

Terbaru, pasangan ini telah berkongsi berita mengenai jantina anak sulung mereka itu iaitu bayi perempuan yang dibuat menerusi laman sosial YouTube Wuvv Show.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Pasangan itu sekaligus menzahirkan perasaan teruja dan bersyukur di atas rezeki kurniaan Ilahi dan berharap agar segala urusan lancar dan dipermudahkan Allah S.W.T.

Dalam pada itu, Ayda yang dihubungi media turut menjawab soalan mengenai perancangan mereka nanti selepas bayi itu dilahirkan kelak.

Ujar Ayda, dia dan suami bersyukur kerana sudah menerima beberapa tajaan buat anak mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Alhamdullilah, walaupun ‘dia’ belum lahir kami sudah terima beberapa endorsement. Kami pun terkejut tapi itulah rezeki dai. Dan sekarang ini pun kami terima banyak sponsor barang kelengkapan bayi daripada kereta sorong, katil dan semuanyalah. Kami tak pernah duga akan diberikan rezeki ini. Syukur Ya Allah.

Advertisement

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa Ayda memilih untuk menjalani proses kelahiran secara pembedahan untuk melahirkan anak sulungnya itu.

Apa-apapun, moga dipermudahkan urusan Ayda Jebat nanti!

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Belum Lahir Dah Ditaja, Ayda Jebat Anggap Ia Rezeki Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...