www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Belasah Dortmund 3-0, Pochettino tidak mahu pemain Spurs berada dalam zon selesa

0 month ago, 14-Feb-2019


PENGURUS Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino memuji persembahan berkualiti anak buahnya selepas membenam Borussia Dortmund 3-0 dalam aksi 16 terbaik Liga Juara-juara (UCL).

Kemenangan bergaya itu diraih hasil jaringan Son Heung-min, Jan Vertonghen dan Fernando Llorente sekali gus meletakkan Spurs hanya sebelah kaki ke pusingan suku akhir UCL.

Bagaimanapun Pochettino berkata, beliau tetap memberi amaran kepada anak buahnya agar tidak memikirkan perjalanan di suku akhir memandangkan masih ada 90 minit perlawanan perlu dihadapi mereka selepas ini.

“Saya perlu memuji persembahan berkualiti yang dipamerkan pemain saya terutama di babak kedua. Walaupun kami kehilangan ramai pemain penting, pemain gantian telah menunjukkan sesuatu yang luar biasa.

“Kemenangan 3-0 ini adalah keputusan yang baik tetapi ia masih belum selesai. Kami perlu menempuh 90 minit seterusnya dan menyelesaikan tugas kami dengan kejayaan,” katanya.

Nada sama turut dilaungkan Son Heung-min yang berjaya menjaringkan gol keempatnya dalam saingan UCL musim ini.

“Perlawanan ini masih belum selesai. Kami perlu terus fokus pada pertemuan kedua nanti,” katanya.

Belasah Dortmund 3-0, Pochettino tidak mahu pemain Spurs berada dalam zon selesa Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts