EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Belanjawan2020, tiada keistimewaan buat penggiat seni

0 month ago, 11-Oct-2019

Saya amat kecewa kerana tiada apa-apa yang istimewa, kata Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Rosli yang mengulas mengenai pengumuman Belanjawan 2020 terhadap penggiat seni di Parlimen, hari ini.

Jurey berkata, sejak dahulu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah dibuat secara sukarela dan pengumuman dibuat kerajaan tiada sebarang perubahan.

Sebelum ini ura-ura mengatakan caruman KWSP diwajibkan buat artis tetapi sebaik dibentangkan di Parlimen, hanya sebut sukarela sahaja. Bagi saya, ia sama seperti rakyat biasa malah tiada benda baru, katanya.

Menurut Jurey, bukan sahaja caruman KWSP diperjuangkan sebaliknya mereka mahukan kenaikan bayaran drama daripada stesen televisyen.

Saya juga dapati tiada peruntukan untuk industri kreatif yang dibimbangi menyebabkan pengangguran, katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave berkata, pelaksanaan perlindungan KWSP buat selebriti langkah yang bagus namun terma sukarela yang digunapakai tidak jelas.

Saya tertanya-tanya jika pelakon mahu mencarum KWSP tetapi bagaimana pula kalau pihak produksi (majikan) tidak mahu? Perkara ini perlu diperinci semula dan sepatutnya diwajibkan, katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi menyifatkan Belanjawan 2020 adalah sejarah terburuk buat golongan artis.

Katanya, industri kreatif sebelum ini menerima peruntukan masing-masing RM200 juta dan RM6 juta untuk merangsang ekonomi melalui penghasilan filem, drama, teater dan program tanggungjawab sosial (CSR).

Melalui dana itu, wujud peluang pekerjaan buat artis sebelum keuntungan melalui hasil seni dipulangkan semula kepada kerajaan (melalui cukai) Ramai artis mengeluh kerana mereka tiada kerja dan ia membuatkan industri hiburan menjadi lesu. Kita sendiri boleh berfikir, apa akan jadi dengan nasib pelajar industri seni dan hiburan (UiTM dan ASWARA), katanya.

Pada pengumuman belanjawan dibahaskan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng hari ini, KWSP akan memperluaskan perlindungan kepada pekerja kontrak di bawah kontrak untuk perkhidmatan dan profesional. Sebagai permulaan, skim itu akan dijalankan secara sukarela bagi pekerja dalam industri seni dan hiburan melalui kerjasama antara KWSP dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...