www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Belanjawan 2019: Nelayan, Pekebun Dan Penoreh Dibiarkan Terkapai-kapai

0 month ago, 08-Nov-2018


KUALA LUMPUR, 8 Nov UMNO Terengganu menyifatkan Belanjawan 2019 Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mencerminkan keprihatinan terhadap golongan luar bandar sehingga membuat golongan berkenaan terus terkapai-kapai.

Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berkata, ia boleh dilihat dengan tindakan Kerajaan PH melakukan pemotongan dahsyat ataupun pemansuhan program-program bantuan rakyat khususnya kepada petani dan nelayan.

“Dimana pembelaan untuk rakyat? Bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil dan penoreh getah yang diperuntukkan RM261 juta tahun lalu, dimansuhkan sama sekali.

“Walaupun secara keseluruhan Belanjawan 2019 memperuntukkan kenaikan yang besar namun peruntukan untuk golongan luar bandar menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong dengan begitu banyak iaitu dariRM5.3 bilion untuk tahun lalu menjadiRM3 bilion untuk tahun 2019. Penurunan hampir RM2 billion”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Hakikatnya jelas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun setiap tahun, nelayan, pekebun dan penoreh getah berdepan kesusahan untuk bekerja pada musim tengkujuh mengakibatkan pendapatan mereka jatuh teruk dan kerajaan pada masa lalu membantu meringankan beban mereka.

Tambahnya jika sebelum ini bantuan terus untuk golongan nelayan dan sebagainya lagi sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban mereka walaupun jumlah yang disalurkan tidaklah begitu besar dan tinggi.

“Kami amat kecewa apabila golongan seumpama ini tidak lagi mendapat tumpuan pembelaan seperti sebelum-sebelum ini. Dengan musim tengkujuh yang mula melanda perkara berkenaan mendukacitakan kita. Kita seperti anak tiri.

“Seharusnya dan sewajarnya perkara yang baik dan yang benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar perlulah ditingkatkan supaya nasib golongan berkenaan terbela dan mendapat perhatian sewajarnya,” ujarnya.-MediaUMNO


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts