EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak belanja mewah, Tengku Zafrul beli KFC untuk rakan sekerja

0 month ago, 13-Sep-2020

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sibuk mengadakan Jelajah Konsultasi Belanjawan 2021 ke beberapa negeri sekitar Malaysia.

Walaupun jadual rasminya dipenuhi dengan pelbagai program, beliau sempat singgah di sebuah restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di Ipoh, Perak untuk menikmati makan tengah hari.

Lebih menarik perhatian apabila figura berusia 47 tahun tersebut turut membelanja rakan sepasukan daripada kementeriannya bagi menjamah makanan segera kegemaran ramai itu.

Singgah di KFC di Ipoh dan belanja rakan kerja MOF makan tengah hari sebelum program seterusnya. Bayaran dibuat menggunakan e-wallet. Cashless je, mudah dan cepat.

Posted by Tengku Zafrul onSaturday, September 12, 2020

Singgah di KFC di Ipoh dan belanja rakan kerja MOF makan tengah hari sebelum program seterusnya. Bayaran dibuat menggunakan e-wallet. Cashless je, mudah dan cepat,katanya.

Posting tersebut menerima 13,000 tanda suka dan ratusan perkongsian selain pelbagai komen netizen yang mengusik bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd itu.

: Tengku Zafrul


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...