EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Belanda tanpa Depay

0 month ago, 12-Oct-2019

MEMPHIS Depay dijangka terlepas aksi kelayakan Euro 2020 membabitkan Belanda menentang Belarus berikutan mengalami masalah kecederaan.

Persatuan Bolasepak Diraja Belanda (KNVB) mengesahkan ketiadaan Depay dalam satu kenyataan hari ini.

Penyerang Lyon, Depay menjaringkan dua gol ketika membantu barisan kendalian Ronald Koeman bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Ireland Utara di penghujung aksi perlawanan.

Kemenangan di Rotterdam bermakna Belanda, Ireland Utara dan Jerman kesemuanya memungut 12 mata dalam Kumpulan C, namun Koeman tanpa khidmat pemain berusia 25 tahun itu berkunjung ke Minsk untuk perlawanan saingan kelayakan Eropah tengah malam esok.

Memphis Depay tidak akan menyertai pasukan kebangsaan Belanda untuk perlawanan di Belarus esok, menurut KNVB.

Penyerang Lyon, yang menjaringkan dua gol berdepan Ireland Utara di Rotterdam, mengadu kesakitan pada peha.

Koeman tidak menyenaraikan pemain gantian, jadi dia akan membawa 22 pemain dari skuad berkenaan untuk perlawanan menentang Belarus.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...