EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bekas Isteri Sekat Nombor Telefon, Tidak Mahu Kait Dengan Da'i Farhan

0 month ago, 18-May-2020


Bekas isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin mengatakan bahawa dia tidak mahu dihubungi atau menghubungi bekas suaminya itu.

Dr. Erin kini sedang berbadan dua yang dijangka bersalin pada tahun depan dan dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas menyekat nombor telefon pendakwah bebas tersebut. Walaubagaimanapun, barang peribadi Da'i Farhan masih ada di rumahnya lagi.

Saya dah ustaz. Saya tak nak ada apa-apa lagi sama ada saya dihubungi atau saya menghubunginya. Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak , fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan. Biarlah saya sekat ustaz terus. Lagipun saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan dirinya lagi. Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini. Dia berada di Kelantan lepas keluar dari rumah. Sekarang pula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Mungkin lepas habis PKP baru dia ambil barang-barangnya semua. Cumanya tolonglah henti kaitkan saya dengan ustaz lagi. Saya ini bukan selebriti. Kalau dulu mungkin saya isteri ustaz, sekarang ni saya bukan isteri sesiapa lagi.
Terdahulu, Dr. Erin memaklumkan kepada pengikutnya di Instagram bahawa hubungan dia dan Da'i Farhan sudahpun berakhir pada bulan April lalu selepas enam bulan berkahwin gais! Hmm. Apapun Ohmedia doakan agar Dr. Erin dipermudahkan segala urusan ketika bersalin nanti. InsyaAllah, Amin!

OHMEDIA: KITA DOA YANG BAIK-BAIK OKAY!

: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




: Oh! Media

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...