EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bekas Isteri Dedah Imam Muda Faris Suruh Tandatangan Perjanjian Sorok Hal Rumah Tangga, Ugut Mahu Ambil Anak

0 month ago, 01-Aug-2020

Baru-baru ini kecoh apabila Imam Muda Syed Faris dikhabarkan telah menceraikan isterinya iaitu Nur Hidayu selepas menikah dengan isteri kedua.

Yang menjadi perbualan hangat netizen ialah apabila lelaki itu bukan sahaja meninggalkan Nur Hidayu bersama lima anak mereka, bahkan dia didakwa turut mengasari bekas isterinya itu.

imam muda faris

Advertisement

Syed Faris turut didedahkan telah mengugut Nur Hidayu dengan mengatakan bahawa dia akan mengambil kelima-lima cahaya mata mereka sekiranya wanita itu mahu berkahwin lain.

Tak cukup dengan itu, pendakwah tersebut ada memberitahu teman rapatnya bahawa tiada siapa yang akan sanggup memperisterikan janda anak lima seperti bekas isterinya. Dakwa Nur Hidayu lagi,Syed Faris menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui segala gerak gerinya.

Jelas guru tadika itu, bekas finalis Imam Muda itu mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program tersebut pada 2014.

Tidak mahu menceritakan hal kepincangan rumah tangga kepada orang, Nur Hidayu mendedahkan bahawa dia turut merahsiakan hal tersebut daripada ibunya sendiri.

Kongsi wanita itu lagi, Syed Faris pernah disyaki menjalinkan hubungan dengan enam wanita selepas program Imam Muda tamat bersiaran.

Advertisement

“Syed Faris tak menunjukkan sikap agresif ketika menjalinkan hubungan dengan lima wanita terdahulu. Namun, bersama wanita keenam yang kini isteri baharu, sikapnya mula berubah. Ada kala tak pulang ke rumah selama tiga hari dan pernah mengasari saya.”

Bukan itu sahaja, pendakwah tersebut turut memandang remeh terhadap hal pemberian nafkah sehingga Nur Hidayu dan lima anaknya hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

imam muda faris cerai isteri pertama

Selepas melalui saat yang menyedihkan itu, Nur Hidayu tidak betah dan terus melepaskan segala rahsia yang sudah lama dipendam kepada ibunya.

“Ibu mana yang suka melihat anak kena sepak terajang, jadi dia tidak mahu saya menunggu lagi. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.”

Advertisement

Selepas berfikir secara waras, Nur Hidayu lebih sanggup kehilangan suami daripada ibunya sendiri.

Lebih mengejutkan kerana bagi menutup kisah pergolakan rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum, Syed Faris dikhabarkan sanggup meminta Nur Hidayu menandatangani perjanjian hitam putih untuk memastikan dia tidak mendedahkan kedangkalannya.

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, Syed Faris malu jika kisahnya tersebar.”

Meskipun pada awalnya nekad mahu menutup hal dalam kain suami, namun Nur Hidayu nekad mendedahkan segalanya selepas Syed Faris sanggup mencampak pakaian dan menolaknya dari pintu rumah sewaktu tempoh PKP.

“Dia cakap ‘perempuan’ itu boleh melayannya seperti macam raja. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya saya.”

Advertisement

Mendengarkan bekas suami mengeluarkan kata-kata sedemikian, tiada apa lagi yang boleh dipertahankan oleh Nur Hidayu.

“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa.”

Mengenai hal nafkah pula, Syed Faris ada menyediakannya namun jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menanggung lima anak yang masih kecil. Dengan menyediakan RM500 sebulan, bermakna setiap anak hanya ditanggung sebanyak RM100 oleh pendakwah itu.

“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.”

imam muda faris cerai isteri pertama

Tambah wanita itu lagi, Syed Faris merupakan seorang ustaz yang sering menekankan hal keadilan suami sekiranya berpoligami dalam ceramahnya. Namun sepertinya lelaki itu tidak mengamalkan apa yang diajarnya.

“Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, Syed Faris mengugut mahu mengambil dua anak yang masih kecil.”

Akhir kata, Nur Hidayu menjelaskan bahawa dia bukan mahu membuka aib rumah tangga namun ia merupakan salah satu perjuangan bagi ibu tunggal yang teraniaya sepertinya.

: Berita Harian


SUMBER : beautifulnara.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...