EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Begini Cara Buat Pasta Carbonara 5 Bintang Macam Makan Di Kafe Mewah

0 month ago, 23-Nov-2021

Selalunya bila buat sendiri pasta carbonara atau makan di restoren hidangan ini akan ada kuah kadang-kadang banjir.

Tapi rupanya hidangan pasta carbonara yang asli hanya sedikit basah bukannya sampai berkuah. Info ini dikongsi oleh Wan Luqman dan beliau juga menunjukkan cara untuk menghidangkan pasta carbonara sebenar ala kafe mewah 5 bintang.

Cara buat ‘world class’ carbonara di rumah

Ikut resipi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye.
Ok, resipi ni buat sos from scratch, tak guna instant sauce dan tidak menggunakan tepung jagung! I ‘kenot’ brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung.

Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah (butter + tepung gandum). Elemen penting dalam membuat carbonara ini adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit.
Apa hasilnya? Sedap gile!

Bahan-bahan
60gm spaghetti (saya guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky

Cara membuat:

1. Kadang-kadang susah nak bajet untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ini. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua, untuk 2 orang makan. Tapi dalam resepi ni saya guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.

2. Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti. Saya guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab ada lemak. Ini untuk menggantikan bacon. Sepaket beef lean ni harganya RM10, rasanya dan boleh beli di pasar raya.

3. Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu saya guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih akan keluar di celah jari. Lebih pantas.

Kalau dah biasa buat boleh cara ni. Sebab kebanyakan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuningnya mudah pecah.

4. Masukkan 2 sudu besar parmesan cheese dan 1 sudu besar lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu. Lebih baik jangan.

5. Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat, nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan alat tu.

6.Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.

7. Tumis bawang putih + cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli, hotdog pun boleh. In fact, kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris.

8.Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus. Pastikan spaghetti hampir nak masak tau. Jangan dah betul betul masak sebab nanti spaghetti lembik serta mudah putus. Ceduk air rebusan spaghetti ikut pada kuah banyak mana nak.

9.Bila air rebusan spaghetti dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti inilah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah.Kalau nak buat untuk anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.

10. Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Saya ambik 4-5 sudu besar macam tu.Bancuhan telur akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.

11. Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur masak berketul-ketul pulak. Jadi scrambled egg nanti.

Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena cita rasa.

Dah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.

13. Hancurkan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing tadi. Kalau ada pecorino cheese atau parmesan, boleh sagat atas spaghetti ya.

14. Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.

Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat restoran mewah di rumah.

Carbonara original ianya tidaklah berkuah banjir. Ia pekat seolah olah hampir tidak berkuah. Hidangan ini basah-basah sikit sebenarnya.

Selamat mencuba.

: Wan Luqman

Subscribe juga YouTube Vanilla Kismis untuk video menarik.

 

Begini Cara Buat Pasta Carbonara ‘5 Bintang’ Macam Makan Di Kafe Mewah Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...