EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Beberapa Minggu Selepas Kembali, Twitch Terus Bagi Ninja Kontrak Lumayan

0 month ago, 14-Sep-2020

Bintang streamer permainan Fortnite Tyler Ninja Blevins Telah kembali semula ke Twitch Beberapa minggu lalu.

Walaupun sebelum ini pernah menceraikan Twitch demi Kontrak mega di Mixer, namun Ninja ternyata terlalu power untuk ditolak Twitch.

Terbaru, Twitch terus mengikat streamer itu dengan kontrak profesional yang eksklusif yang besar.

Ninja berkata:

Saya gembira dalam streaming sepenuh masa sekali lagi dan berhubung semula dengan peminat setia saya.

Saya benar benar memerlukan masa untuk memilih platform mana yang terbaik. Dan Twitch telah menjadi platform yang menyokong karier saya dan memahami matlamat dan sasaran saya.

Dalam fasa seterusnya, saya akan membantu menaikkan lagi bidang ini dan membantu menarik lebih banyak mata ,[perhatian] ke arah pencipta konten macam kami.

Back where he belongs.@Ninja pic.twitter.com/hTns6WwD8C

Twitch (@Twitch) September 11, 2020

Saya sudah tak sabar nak bekerjasama dengan Twitch untuk menunjukkan betapa komuniti hebat para gamers ini dapat memberikan impak bermakna.

Naib Presiden bahagian konten untuk Twitch, Michael Aragon menganggap Ninja sebagai streamer Yang ikonik.

Tyler ni kuasa ikonik dalam komuniti gaming. Dan sangat hebat melihat impak yang dia berikan kepada industri dan juga budaya melangkaui sempadan.

Gaming dan juga mereka yang menyukainya telah dikenali oleh audien dari seluruh dunia, dan salah satu sebabnya adalah kerana peranan Tyler, dan kami tahu ianya bakal bermula.

Sebelum ini Tyler telah dilepaskan Mixer secara kesepakatan bersama. Ini selepas Mixer tutup kedai.

Mixer mencadangkan Ninja untuk ke Facebook Gaming. Di mana ada kontrak khas di antara pencipta konten di Mixer yang bermigrasi ke Facebook akan terus dikekalkan status mereka sebagai partner dan boleh terus mendapatkan wang dari sana.

Namun Ninja nampaknya tidak tertarik dengan tawaran itu. Beliau awalnya kembali semula ke YouTube dan menjadi sensasi.

Ketika di Mixer, Ninja seringkali ditroll beberapa gamer di Twitch yang memperlekehkan jumlah tontonan langsung yang dia dapat setiap kali bersiaran langsung.

Nampaknya Ninja dah kembali ke Twitch dan dia lkembali menjadi Kingm

Ninja merupakan Gamers yang sangat popular. Di mana dia boleh dikatakan setaraf artis Hollywood dah popularitinya.

Ninja juga salah seorang daripada 4 gamer Yang menjana lebih $1 juta untuk kebajikan baru baru ini.

Pada 2018, Ninja menjana hampir $10. Dan ketika ini beliau sudah memiliki 15 juta pengikut di Twitch.

Ninja menjadi Gamers penting yang membawa kepada budaya kontrak profesional. Beliau juga mendapat tajaan ekslusif daripada jenama besar seperti Adidas dan Red Bull.

Tahun lalu Ninja mengejutkan dunia dengan kontrak sehingga $30 juta bersama dengan Mixer.

Namun sayang sekali Mixer masih gagal menyaingi Twitch walaupun sudah memiliki Ninja.

Sebelum Mixer ditutup Ninja pernah mengkritik secara terbuka Mixer yang menurutnya terlalu pasif dalam membuat event untuk orang ramai di platform mereka.

Ninja malah menyatakan dia dan Shroud berusaha untuk menganjurkan beberapa acara gaming. Namun masih terbatas kerana kurang sokongan.


SUMBER : axello.net

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...