EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bayern Munich intai khidmat Coutinho

0 month ago, 15-Aug-2019

GERGASI Bundesliga, Bayern Munich menyatakan minat untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho pada jendela perpindahan yang akan berakhir 2 September depan.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, jurucakap Barcelona mengesahkan minat Bayern, namun menegaskan kelab itu tidak membuka rundingan dengan The Catalan.

Memang ada minat daripada Bayern, tetapi belum ada sebarang persetujuan dicapai. Itu sahaja yang saya boleh katakan pada waktu ini, kata jurucakap tersebut.

Coutinho berpindah ke Camp Nou pada 2018 dengan status sebagai pemain tengah terbaik dunia berdasarkan reputasinya ketika bersama Liverpool.

Bagaimanapun, pemain dari Brazil itu bergelut untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan gergasi Sepanyol berkenaan menyebabkannya kerap memanaskan bangku simpana.Barcelona juga dilaporkan sedang mencari pengganti lain mengisi tempat Coutinho itu dikatakan bakal menjadi bahan pertukaran untuk mendapatkan Neymar dari Paris Saint Germain (PSG).

Dengan Coutinho yang turut dimasukkan sebagai sebahagian tawaran untuk mendapatkan Neymar, PSG meminta tambahan 100 juta (RM 468 juta) bagi memastikan perpindahan itu berlaku.

Sebab itu Bayern tidak mengemukakan tawaran lagi dan menunggu minit akhir sebelum cuba mendapatkan Coutinho, kata laporan itu.

Pemain berusia 27 tahun itu juga sebelum ini dikaitkan dengan Tottenham Hotspur.

Bayern Munich intai khidmat Coutinho Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com