EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bayaran Tambahan RM500 Geran Khas Prihatin GKP 3.0 Pemerkasa Plus

0 month ago, 09-Jun-2021

0Shares

Dibawah matlamat ketiga PEMERKASA+ bagi menyokong kelangsungan Perniagaan, kadar bantuan GKP 3.0 akan ditambah sebanyak RM500 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan GKP 3.0 yang akan diterima adalah sebanyak RM1,500.

Bayaran tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+ akan diberikan kepada penerima yang layak menerima GKP 3.0 seperti berikut:

i. Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0
ii. Lulus Permohonan baharu GKP 3.0

Sekiranya bayaran terakhir GKP adalah Gagal Kredit dan penerima gagal mengemas kini maklumat akaun bank terkini dalam tempoh yang telah ditetapkan, penerima tidak layak menerima GKP 3.0 dan juga GKP 3.0 Pemerkasa+.

Penerima GKP 1.0 / 2.0 yang telah memulangkan bayaran GKP atau menolak bantuan GKP sebelum atau pada 31 Mei 2021 dan disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), tidak layak menerima bayaran GKP 3.0 dan GKP 3.0 PEMERKASA+.

Penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan. Penerima yang layak bayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ dan amaun tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah sebanyak RM500.

Pembayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ akan dilakukan pada Julai 2021. Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

BACA JUGA : INI LUBUK DUIT DI SHOPEE DAN LAZADA, TERBONGKAR AKHIRNYA

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan bayaran GKP iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP. Maklumat akaun bank juga berdasarkan maklumat terkini yang telah dikemas kini oleh penerima berstatus Gagal Kredit pada pembayaran GKP.

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif
sahaja. Kelayakan GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah berdasarkan status kelulusan GKP 3.0.

Semakan kelulusan GKP 3.0 adalah mulai awal Jun 2021 di portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Tarikh sebenar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

0Shares

Jom kongsikan artikel ini :

Like Loading...


SUMBER : gengborak.com



Live Website Traffic


loading...