EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bayaran BKC Fasa 2 Dibuat Bermula Khamis Ini, Semak Status & Kadar Bayaran

0 month ago, 24-Nov-2021

Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan, bayaran kedua Bantuan Khas C0VID-19 (BKC) yang membabitkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin akan diterima bermula Khamis ini.

Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta, bayaran akan terus akan dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing terutamanya kepada penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang.

Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, pembayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,katanya.

Semak status kelulusan

Di bawah BKC, kadar bayaran adalah yang akan diterima oleh penerima adalah seperti berikut:

  • Kategori miskin tegar
  1. isi rumah RM1,300
  2. Warga Emas sebatang kara RM500
  3. Bujang RM500
  • Kategori B40
  1. Isi rumah RM800
  2. Warga emas sebatang kara RM200
  3. Bujang RM200
  • Kategori M40
  1. isi rumah layak RM250
  2. Warga emas sebatang kara RM100
  3. Bujang RM100

Untuk menyemak status kelulusan, penerima boleh layari laman rasmi BKC dibkc.hasil.gov.my dipetik dari Xtra, LHDN

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...