EdisiViral.Com Search Guest Post Login

#BayanLepas Bas hilang kawalan, penunggang motosikal maut dirempuh

1 month ago, 07-Nov-2019





Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle di Bayan Lepas, Pulau Pinang petang Khamis.

Difahamkan sebuah bas yang datang dari arah Persiaran Kelicap hilang kawalan selepas melalui simpang  berkenaan merempuh motosikal sebelum merempuh sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A. A Anbalagan berkata, penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 20-an itu maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.




Bas berkenaan juga kemudiannya merempuh pagar dan sebuah rumah yang terletak bersebelahan simpang empat itu.

Anbalagan berkata, setakat ini seorang pemandu kereta dan penumpang yang turut cedera dalam kejadian itu, telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemandu bas terbabit pula mengalami kecederaan ringan dan kini ditahan untuk membantu siasatan.

Anbalagan berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

AWANI










SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...