www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Batal Sijil AIM: Tindakan Gopoh Kerajaan

0 month ago, 06-Dec-2018


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta untuk mengkaji semula cadangan membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana langkah itu disifatkan sebagai usaha yang tergesa-gesa.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan itu juga dilihat tidak wajar dengan situasi masa kini serta memberikan impak dan kesan negatif dalam kalangan rakyat termiskin.

Berdasarkan jawapan yang diberikan, saya ingin menzahirkan rasa khuatir dan dukacita jika ada usaha terancang pihak kerajaan membatalkan kewujudan agensi mikro kredit penting ini.

Ini kerana, langkah membatalkan AIM ini adalah satu tindakan yang tergesa-gesa dan gopoh serta memerlukan kajian semula yang lebih terperinci, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berhubung kerajaan sedang menyediakan dokumen untuk memulakan prosedur membatalkan sijil AIM dalam sidang Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts