EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gvgur Bila Dapat Hadiah Baru

0 month ago, 19-Nov-2020

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itulah pengorbanan dan kesusahan seorang ayah yang dapat digambarkan demi mencari rezeki buat keluarga tersayang.

Seperti perkongsianSyamieyldi Twitter, pada suatu petang dia terjumpa seorang pekerja Food Panda sedang menghantar makanan dalam hujan lebat. Lebih menyedihkan apabila dia hanya menggunakan basikal ke destinasi dituju.

Redah hujan lebat

Perkongsian tersebut setakat ini sudah mendapat lebih 1.4k retweet dan 2k likes daripada orang ramai. Rata-rata tersentuh apabila mendapat tahu dia hanya menggunakan basikal yang sudah kelihatan uzur.

Hanya pakai baju bundle

Dengan niat untuk menghulurkan sedikit bantuan, lelaki ini telah menghubungi dan meminta izin untuk berjumpa di sebuah kedai.Difahamkan, sebelum lelaki tersebut datang ke kedai makan, dia sempat singgah ke kedai pakaian bundle membeli baju hujan yang bernilai RM3 untuk tiba ke destinasi dalam keadaan hujan.

Beli basikal dari duit sumbangan

Setelah mendapat sejumlah sumbangan daripada orang ramai melalui platform media sosial, Syamieyl membelikan sebuah basikal untuk dihadiahkan kepada individu tersebut. Dia juga menghantar hadiah tersebut sampai ke depan rumah pekerja Food Panda itu.

Terharu dapat basikal

Air mata pekerja Food Panda tersebut itu mengalir sebak setelah terlihat basikal yang dihadiahkan kepadanya. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan lagi beban individu tersebut. Terima kasih juga kepada orang ramai yang telah menghulurkan sumbangan.

: Syamieyl via ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...